Bagaimana untuk melangsingkan diri dengan Kopi Hijau.

Kopi hijau adalah produk yang agak baharu dalam senarai kami. Tanaman biji kopi ini boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Terdapat khabar angin yang bercanggah mengenai keberkesanan kopi hijau untuk melangsingkan badan. Iaitu adakah ia benar-benar membantu dalam peperangan terhadap berat badan berlebihan, dan jika ya, bagaimana untuk menggunakan minuman ini?

Mengikut saranan seorang rakan sekerja, saya membaca tentang kopi hijau dan sifat-sifatnya dan memutuskan untuk mencuba remedi ajaib ini yang mengingatkan saya kepada kekacang atau buah kekeras. Saya harus menyatakan bahawa kopi bukanlah minuman kegemaran saya. Saya lebih gemarkan teh dengan gula. Lagipun, rasa kopi hijau ini tidak seperti kopi hitam biasa tetapi ia lebih seakan-akan teh herba yang kuat. Ia mempunyai rasa yang tertentu, ia sedikit pahit tetapi agak berperisa. Ia mengingatkan saya tentang campuran herba Cina. Saya pernah melakukan akupuntur dan ahli terapi Cina itu memberikannya kepada saya, dan rasanya sedikit pahit. Walau bagaimanapun, kopi hijau ini masih boleh diminum lagi.


Cara yang pantas bagi menurunkan berat badan.

Kopi Hijau berasal daripada tanaman kopi sebagai biji kopi, yang kita biasa gunakan pada waktu pagi sebagai minuman yang menyegarkan, dengan pengecualian bahawa kopi hijau ini tidak dipanggang.

Oleh kerana biji kopi ini belum dirawat dengan haba, ia mempunyai seakan-akan warna kacang pistasio atau warna hijau lembut. Minuman ini mempunyai rasa asli, bau herba yang tidak terlalu kuat dan rasa masam, disebabkan oleh kehadiran sebilangan besar tanin.



Kopi hijau: sifat dan ciri-ciri produk

Menurut pakar, minuman ini mempunyai sifat-sifat yang bermanfaat, di mana salah satunya adalah keberkesanannya dalam menurunkan berat badan. Kesan ini adalah berpunca daripada kehadiran asid klorogenik di dalam biji kopi tersebut, yang mempercepatkan pembakaran lemak sebanyak beberapa kali ganda. Tanpa rawatan haba, biji-biji kopi ini akan mempunyai warna yang cantik ini serta baunya. Dengan itu, ia mengandungi bahan yang membantu bagi mengurangkan berat badan.

Salah satu ciri yang penting dalam minuman ini adalah kehadiran lemak tak tersabun, asid linoleik, lilin, asid lemak, stearin dan tokoferol. Kopi hijau juga mengandungi kafein.

Jumlah antioksidan yang banyak memperbaiki keadaan keseluruhan badan. Minuman ini membantu mengurangkan tahap kolesterol, meningkatkan fungsi jantung, prestasi mental serta menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.


Jenis-jenis kopi hijau

Terdapat jenis kopi hijau yang berbeza-beza di pasaran: biji kopi penuh dan serbuk kopi.

Minuman ini dihasilkan di negara-negara yang berbeza. Kosnya bergantung kepada kualiti bijinya, dan negara mana ia berasal dan di mana ia telah dibungkuskan (jenama). Kopi hijau biasanya tidak dijual dalam bentuk barangan. Malangnya, disebabkan populariti produk ini, sesetengah pengeluar sering menghasilkan kopi hijau yang tidak asli. Bagi mengelakkan membeli produk yang tidak asli, ingat bahawa minuman ini tidak boleh mempunyai bentuk serbuk segera atau sebagai "3 dalam 1".


Menghilangkan berat badan dengan kopi hijau

Minuman ini membantu untuk mengurangkan berat badan. Tetapi bagaimana ia berfungsi, dan apakah kesannya kepada badan?

Tindakannya adalah berdasarkan kepada sifat-sifat minuman kopi hijau yang berikut:

  • 1. Asid klorogenik, yang merupakan antioksidan yang kuat, menghalang pertambahan berat badan dengan memecahkan lemak di dalam perut dan menghalang penyerapannya.
  • 2. Kafein yang digabungkan dengan asid klorogenik, dapat meningkatkan metabolisme badan, membakar lemak badan, yang seterusnya akan menyumbang kepada penurunan berat badan.
  • 3. Minuman ini mempunyai kesan tonik, ia mengecas badan dengan tenaga, justeru melakukan kerja-kerja fizikal menjadi lebih mudah. Senaman akan meningkatkan lagi kesan minuman ini sekaligus menjadikan proses pelangsingan lebih berkesan.
  • 4. Kopi hijau mempunyai rasanya yang original, ia menyekat selera makan, menjadikannya lebih mudah untuk berpegang kepada pelan diet.

Penyediaan kopi hijau ini

Untuk menikmati kopi hijau bagi tujuan penurunan berat badan, adalah penting untuk bukan sahaja membeli produk yang berkualiti, tetapi juga untuk menyediakannya dengan betul. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • 1. Kisar biji kopi tersebut menggunakan pengisar kopi
  • 2. Masakkannya di dalam teko ‘cezve’ (cara tradisional): tambahkan air sejuk kepada sesudu kopi dan didihkan ia beberapa kali.

Bagaimana untuk meminum minuman ini

Kopi hijau boleh diambil dengan cara yang berbeza:

  • Untuk mengawal selera makan, sentiasalah menikmati makanan pada waktu-waktu yang tetap (contohnya, sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam). Jika anda berasa lapar di antara waktu tersebut, minumlah kopi hijau ini. Minuman ini boleh diambil setengah jam sebelum makan. Ini akan mengurangkan nafsu makan sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda akan makan.
  • Minumlah kopi sebagai minuman utama untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sebagai produk pembakaran lemak. Ini akan membolehkan penyingkiran lemak yang segera daripada badan.

Ramai orang percaya bahawa dengan meningkatkan kuantiti, mereka akan mencapai kesan yang lebih baik. Namun sentiasalah beringat bahawa keselamatanlah yang paling utama. Apa sahaja yang anda ambil, anda perlu mematuhi dos yang disyorkan. Dalam hal kopi hijau, ia tidak boleh lebih daripada tiga cawan sehari. Jika anda mahu minumnya dengan lebih kerap, kurangkan kuantitinya dan ambil hanya setengah cawan.

Siapa yang patut elakkan daripada meminum kopi hijau

Seperti dengan mana-mana produk, Kopi Hijau untuk pelangsingan badan ini juga mempunyai kontraindikasi. Ia adalah: kehamilan, penyusuan, peningkatan gangguan saraf, intoleran peribadi, penyakit kardiovaskular, gangguan tekanan darah, keadaan selepas pembedahan dan lain-lain.

Setiap pengeluar mempunyai cadangan mengenai pengambilan minuman. Peraturan utama adalah untuk tidak mengambil terlalu banyak sekali gus bagi bagi mengelakkan segala bahaya kepada kesihatan.

Pesan sekarang
  • Twitter
  • Facebook
  • Linkedin